09 February 2010

13 14 Febuari

13 wa ada job kat satu wedding ni, sampai petang lepas tu straight ke flower series berhadapan dengan QE 2 Marina Bay, seperti tahun lepas wa jadi aweks jual bunga. Abang Rizal tak cukup pekerja. Pekerja dia semua cina, sorang dua ja melayu, wa pun duduk dalam Azzahra under Flower Series, secara automatik wa pun kena keja la. Wa jual bunga, tapi wa talak dapat bunga dari kekasih, apa boleh buat masa tahun lepas balak wa jauh dari wa. Tahun ni terus wa talak sapa sapa. Dua hari nanti wa melekat kat sana, kalau kalau sapa lalu depan tu nanti, nampak kelibat wa, senyum senyum dahla nanti. Jangan lu orang semua p jerit nama wa macam azim buat kat wa tahun lepas, dia nampak wa, dia jerit nama wa, pastu dia gelak sama wa. Macam harammmmmmm.

ini gambar I yg terbaru, ramai sangat bising lama tak nampak muka I, sekarang puas hati?

08 February 2010

............

Stokin hilang...
Baju kemeja hilang...
Banyak lagi benda hilang...

Selalu kalau benda-benda ni hilang kat rumah, arwah mama yang akan jumpa balik. Sekarang ni, kalau dah hilang, rasa macam takkan jumpa balik. Semalam makcik makcik, sepupu sepupu datang rumah. Aku tengok sakan mak dengan anak bergosip gosip, aku duduk tepi dinding sorang-sorang. Baru aku perasan, aku takda pasangan, selalu time-time gosip ni la aku duk rapat dengan arwah mama ='( Tadi buka almari mama, ada satu beg jatuh. Bila aku buka tengok, beg mekap mama. Mama suka mekap, paling kurang pun dia nanti letak gincu. Seminggu sebelum arwah pergi, masa tengah siap-siap nak gerak ke kl, arwah marah kat aku sebab letak bedak ja kat muka dia, gincu takda. Baru aku teringat, selalu kami bergaduh pasal dia nanti masuk dalam bilik aku curi eye liner, lepas tu taknak mengaku. Rindunya masa tu, sekarang sapa lagi nak curi eye liner aku? Takkan abang aku plak kan.. Dulu aku duduk depan pc, online, mama plak nanti duk kat tempat mesin jahit dia, macam tulah kami hari-hari bersembang.. Dia jahit baju sambil sembang dengan aku, aku plak online sambil sembang dengan dia. Harini aku duk depan pc, aku tengok meja mesin jahit, kosong....

05 February 2010

Pagi Jumaat.

Selamat pagi semua! Hari ni hari Jumaat. Satgi pukul 10 pagi aku ada interview, tapi aku takpi. Kemarin pagi pun aku ada interview, gila kool kan aku tak pi? Tolak rezeki, bila takda duit baru merungut macam-macam. Minggu depan CNY + Valentine, aku takda apa-apa program... Waaa gua takda partner ahad nih, baik gua lepak Flower Series depan jeti jual bunga macam tahun lepas gua buat, malu gila orang kenal gua tepi jalan, depan kedai dok jual bunga, hahaha. Pagi ni gua tengah layan lagu old skool gila.. Lagu ni la..




Rindu..... ='(

04 February 2010

Baru aku perasan...

Sejak akhir-akhir ni entry aku agak pelik laaaa
Betoi cakap orang tuh (tasha) entry aku merapu..
Aku mula-mula tak perasan..
Bila baca balik..
Masyallah... Macam nak hempuk kepala aku kat dinding..
Lawak laa.. Lawak apa.. Macam tahi kucing ada la..




Aku masih ada ayah lagi.. Tapi pasaipa semua macam dok buat aku ni takda apa-apa dah kat dunia.. Macam tadi tengah hari.. Mak Chaq tepon..



MC:Helo..
AJ:Ya mak chaq..
MC:Dah makan ka?
AJ:Dah makan dah tadi tengah hari..
MC:Makan apa?
AJ:Makan nasik...
MC:Lauk apa?
AJ:Nasi tomato lauk ayam..
MC:Sedap ka?
AJ:Sedap la... (adehh awat banyak soklan sgt)
MC:Mak chaq tadi dok teringat kt anak menakan mak chaq sorang ni..
AJ:Awat plak?
MC:Yala.. Mama takda dah.. hukhukhukhuk (dia terus nangis..)



Aku pun turut serta nangis...



Selepas sejam.. telefon berbunyi lagi.. Dedek call.. Dedek ni Makcik aku blah arwah mak aku..




D:Ang dok buat apa ni?
A:Dok tengok tv.. awat dek?
D:Kalau ang sunyi, mai la duk ngn aku...
A:Ha.. tengokla macam mana nanti..
D:Bukan apa..aku kesian kat ang..aku teringat kat arwah mak ang hukhukhuk (pun nangis gak!)



Lepas ni kalau ada orang call telefon rumah aku, memang aku takkan angkat dah!

Cerita 2 ekor anak hamster yang nakal.


Hai! Nama saya Jose. Saya seekor hamster yang baik dan kadang-kadang sahaja nakal. Hari itu masa Mama Aiza tengah bersihkan sangkar, saya sengaja uji kelajuan Mama, saya lari keluar dari sangkar dan Mama berjaya menangkap saya dengan pantas! Mama memang hebatlah. Oh ya, Mama namakan saya Jose sempena dengan nama Uncle Jose, bekas teman lelaki Mama, hihihi.
Hai, saya pulak nama Jenny, kool gila kan nama saya? Thanks Mama! Nama Jenny ni pun asal dari nama Mama jugakkan? Saya suka gigit tangan Mama, tapi Mama plak nanti menjerit macam apa ja bila saya gigit, nak manja-manja pun takleh. Mama lebih sayangkan Jose dari saya, saya tahu sebab apa... Tapi saya tak kisah, sebab Mama bagi semua keperluan yg saya perlukan selain dari kasih sayang.



Saya sengaja buat aksi comel ini, sebab bila Mama tengok saya tidur terlentang, Mama bertambah sayang akan pada saya kan kan Mama? Hihihi.


Jose memang suka main tangga. Tapi saya suka naik tangga saja, bila turun saya tak pakai tangga, saya akan buat lagak ngeri, saya terjun dari atas! Pernah haritu Mama nampak saya buat aksi sebegini, dia menjerit kuat! Dia takut saya akan mengalami kecederaan yang teruk. Jangan risau Mama, saya kan anak hamster yang kuat dan juara! Walaupun saya tak minum MILO.




Lupa nak cerita bagaimana kewujudan kami. Sebenarnya Papa Adil yang mengambil kami dari Pusat Anak Yatim Hamster di Relau. Dari dulu lagi Mama dgn Papa cadang nak ambil kami, tapi keadaan tak menginzinkan. Kami dapat tahu, arwah ibu Mama sudah meninggal iaitu arwah Tok Nah. Lepas tu Papa Adil cepat-cepat ambil kami dan terus hantar kami ke rumah Mama Aiza. Yerr.. Mama, Papa dah berpisah selepas Papa ceraikan Mama dengan talak 89. Papa Adil, kitaorang ada permintaan sikit, nanti duit nafkah bulan depan tolong beli rumah yang agak besar untuk kami boleh? Sebab rumah sekarang ni agak kecil la, tambahan pula lepas ni kami akan membesar sebagai juara! Eh ada lagi, makanan yang haritu Papa beli, tak sedap sangatlah.. Kami suka makan jagung dan kuaci sahaja. Walaupun kami tak tinggal sebumbung dengan Papa, kami sungguh bahagia tinggal di Villa Sungai Penang. Tok Man sangat baik, dia lebih banyak mengambil berat tentang kami berbanding dengan Mama, kami faham.. Mama sekarang berada dalam situasi yang agak down. Selain dari Tok Man, Uncle Daniel pun ada.. Uncle suka main-main dengan kami, pernah haritu sekali Uncle nak buat uji kaji kepada kami, dia cuba nak bagi kami minum air zam zam dan buah kurma tapi dihalang sekeras-kerasnya oleh Mama. Sekarang ni Mama jarang luangkan masa dengan kami, waktu pagi sampai petang Mama asyik baca buku saja. Malam baru Mama free main-main dengan kami. Oklah, kami nak tidur sampai malam ni, sebab kami aktif di waktu malam, siang banyak tidur jee.. Sebab tu tengah malam kami sangat aktif main roda pusing sampai bising dan panjat sana sini sampailah Mama tension dan menjerit macam orang gila, baru la dia datang tengok kami dan main dengan kami, hek hek hek! Kita jumpa lagi!


Papa Adil, kecil kan sangkar ni? Nanti beli yang besar sikit ok? Ala kongsi duit dengan Mama la.. Tak pun buat loan kat bank. Untuk kebahagiaan kami jugak!



Sorry kengkawan, aku tengah 3 suku sekarang ni.


Selamat Pagi Malaysia...

Hari ini saya bangun awal... Selamat pagi Malaysia.. Saya tinggal di Malaysia.. Saya agak bosan tinggal disini.. Masa saya tengah online facebook, terjumpa Abang Mie kat situ.. Tapi saya panggil dia Abang Sudan sebab dulu dia tinggal dan bekerja disana, sekarang dah balik Malaysia pun.. Haishhh Sudan plakkkkkk, sebab apa la semua ada sangkut paut. Tengah cit cat ngn Abang Mie, tup tup message handphone masuk, ada orang top up aku. 30 hinggit plak tuhh, entahla manusia mana yg baik hati sungguh tuh, nanti top up la 100 hinggit plak ye. Semalam tgh tidur.. Aku mimpi dia plak.. Halawalaheyyy sampai bila la aku nak jadi macam nie.. Aku rasa malas nak kerja.. Malas nak sambung study.... Rindu mama... Mama.. mama... ='( BYE!

03 February 2010

M A A F

Orang datang buat masalah pada aku...
Aku pun akan buat masalah yang lebih besar pada dia...
Orang datang berbaik baik dengan aku...
Aku pun berbaik baik dengan dia...





photo by : Sibikos Kosmetik


Semalam aku tengok bulan
Cantik dari jauh aku melihat
Walaupun kalau tengok dari jarak yang dekat
Bulan merupakan satu objek seperti manusia yg mempunyai masalah jerawat


Aku tengok lagi bulan
Ada kenangan aku dengan dia pasal bulan
Malam itu kami berdua berdiri di tepi tingkap
Sambil tengok bulan
Kongsi cerita sama-sama
Nyanyi lagu Quando sama-sama
Romantik kan? =')

Sekarang dia sudah pergi jauh
Sebulan jauh dari dia
Sebulan tanpa khabar dari dia
Aku rindu dia... ='(